abu punyer

|

menceritakan 'kisah kehidupan' alam sekeliling dia….

Spesifikasi Nombor Plat Kenderaan

November 9th, 2009 at 22:29

Bila ternampak motosikal anak aku (Aemat) parking bersebelahan dengan motosikal aku, ternampak perbezaan yang ketara pada nombor plat. Aemat baru sahaja memasang nombor plat yang baru ditempah di kedai aksesori motosikal.

Aku pun bertanya, “Mat, kenapa tempah plat yang macam tu… Kan itu tak ikut spesifikasi JPJ. Nanti kena saman, amacam?”

“Nombor plat macam ni cantik, dan ramai anak muda yang pakai…” jawab Mat.

“Habis yang macam ini tak cantik?” tanya aku sambil menunjukkan ke arah nombor plat motor aku.

“Malulah nak pakai plat macam ni… ”

“Habis… kalau kena saman macam mana?”

Aemat diam.

Inilah kerenah anak muda. Undang-undang tidak diendahkannya. Yang untung taukeh kedai aksesori, yang rugi pengguna; kalau kena saman. Zaman sekarang undang-undang tidak dipatuhi; hidup semuanya nak ikut orang yang tak mematuhi undang-undang. Bila kena saman merungut menyalahkan penguatkuasa!

Apa yang aku ingatkan pada anakku itu?

“Rentikanlah Maaaattt.”

ooo()ooo

Tiga Bentuk Plat Nombor Pendaftaran Kenderaan yang dibenarkan
1. Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ atas bingkai hitam.
2. Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ atas bingkai berwarna merah bagi kenderaan kedutaan , PBB dan International Natural Rubber Association.
3. Huruf dan nombor berwarna hitam yang di’embossed’ atas bingkai berwarna putih bagi teksi atau kereta sewa.

Rujukan: http://portal.jpj.gov.my/v5/index.php/spesifikasi-no-plat-kenderaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tags:

One Response to “Spesifikasi Nombor Plat Kenderaan”

  1. suraiya Says:

    Itulah mentaliti bebudak skrg.

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>