Wednesday, October 11, 2017

Kota Belanda, Pulau Pangkor

Kisah tahun 2009 ketika aku dan famili ke Pulau Pangkor, Perak. Menginap di Nipahmas Chalet di Teluk Nipah. Apabila semua ahli keluarga aku letih dengan aktiviti laut, aku menunggang motorsikal berseorangan menjelajah seisi pulau ini.

 Salah satu tempat menarik, Kota Belanda.

Fakta yang aku perolehi dari Info yang terdapat di kota ini.

Kota ini telah dibina oleh Belanda pada tahun 1670 untuk menyimpan bijih timah yang diperolehi dari negeri Perak. Rakyat tempatan yang tidak setuju dengan cara belanda memperolehi bijih timah tersebut telah membina kota ini pada tahun 1690.

Belanda telah membinanya semula pada tahun 1743 dan menempatkan seramai 60 orang pengawalnya di sini hingga tahun 1748. Selepas dari tarikh tersebut ia tidak digunakan lagi…


Kota ini telah dibina semula oleh Jabatan Muzium pada tahun 1973 dan telah diwartakan sebagai monumen lama dan tapak tanah bersejarah di bawah Akta Bendapurba 1976 dalam seksyen No. 242, Warta Kerajaan Negeri Perak bertarikh 21hb. Mac 1978.

Menurut akta ini, sesiapa yang didapati bersalah melakukan pencerobohan dan kerosakan ke atas menumen lama dan tapak tanah bersejarah boleh dikenakan penjara tidak lebih daripada tiga (3) bulan atau denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit (RM500.00) atau kedua-duanya.


This fort was built by the Dutch in 1670 for storage and protection of tin supplies from Perak. This fort was destroyed in 1690 by the Malays who were discontented with the methods used by the Dutch in obtaining the mineral. It was rebuilt by the Dutch in 1743 and a force of 60 soldiers were placed to guard the fort until 1748 when the force was disbanded and the for abandoned.

No comments: