Thursday, September 14, 2017

Nasi Kerabu

Pagi ni sarapan nasi kerabu... Ada warung di tepi Kuala Melaka... bukan di Melaka, akan tetapi di Pulau Langkawi. Tempat duduk terhad... oleh kerana aku solo, terpaksa berkongsi meja dengan penduduk tempatan...
Sambil menelinga perbualan, umpama mendengar radio... resam kehidupan kena bermasyarakat dengan penduduk tempatan. Kalau tak ada isu, aku diam sahaja menghabiskan makanan yang terhidang.
Penuh dalam sosmed berita lebih 20 pelajar dan guru disahkan maut dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat, Kuala Lumpur pagi tadi.
 ‎إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ sudah sunnatullah setiap kehidupan berakhir dengan kematian. Allah yang Kekal memerintah sekelian isi alam...




Nasi Kerabu + Teh Tarik = RM8.50

No comments: