Wednesday, September 13, 2017

Daging Arnab

Aku bukan pengusaha, juga bukan penternak arnab. Oleh kerana kecomelan haiwan ini, telah menarik minat anak aku untuk memeliharanya.

Rupa-rupanya, bila anak aku menyambung pelajaran di IPTA, aku agak kesuntukan masa untuk memerhatikan arnab peliharaan ini. Lalu aku ambil keputusan untuk menyembelih haiwan ini, sekurang-kurangnya ringan sikit beban menjaganya.

Aku telah biasa menyembelih dan memakan daging arnab. Memang mula-mula agak janggal, sebab rata-rata adik beradikku yang ramai tidak sanggup hendak menjamahnya. Itu dulu, kisah 30 tahun silam.

Kini, aku bertagak-tagak untuk menyembelih… timbul rasa saya dan kesian. Ah… lupakan perasaan sentimentol sentimental itu. Haiwan halal dimakan, apa kisah… Dan untuk kesekian kalinya, aku tekad.



Zaman sekarang, segala-galanya mudah; semuanya dihujung jari untuk mencari info terperinci tentang haiwan ini. Antaranya, saya sering rujuk ke web ini: https://nordinsidin-rabbitbiz.blogspot.my/

No comments: