Monday, June 8, 2009

Nak Jadi Jutawan?



Di sini saya petik artikel daripada blogger: mazidul akmal sidik.

Isnin, 2009 Jun 01
Usah Tertipu Lagi

Berikut SMS saya terima pada jam 9.30 malam tadi melalui hotline 360.
‘Assalamualaikum Mazidul, boleh saya tahu, office Power Root buat cabutan bertuah dan saya seorang daripada pemenang. Bila saya ikuti semua diminta, dengan tak disangka duit dalam akaun saya lesap’
Saya tidak membalas SMS terbabit biarpun kos menghantar 1 SMS hanya 8 sen. Bukan kerana saya kedekut tetapi saya mulai bosan dengan sikap sekelompok manusia. Manusia tidak mahu mengambil tahu berhubung perkembangan isu semasa.
Kes sindiket penipuan menggunakan SMS sudah lama berlaku, ramai menjadi mangsa kerana bertindak tanpa usul periksa dan terlalu kepingin meraih wang mudah. Mereka hanya menyedari tertipu setelah wang simpanan bank lesap.
Semoga penghantar SMS terbabit lebih kerap membaca akhbar dan menonton berita agar tidak tertipu lagi buat kesekian kali.

Posted by Mazidul Akmal Sidik at 21:56
_______________________________________________


Pernah seorang rakan melabel saya sebagai seorang yang negative thinking. Saya tak kisah sebab saya seorang yang susah terpengaruh benda-benda seperti ini kerana hmmmm.... kurang berwang.
Jika difikir-fikir, kalau 3 juta orang merebut wang sejuta ringgit... penganjurnya lagi dapat berjuta-juta-juta-juta-juta-juta ringgit. Begitu juga dengan lain-lain skim yang 'cepat jutawan', yang menjanjikan setiap ahlinya menjadi jutawan.

2 comments:

gandasura said...

sebenarnya itulah juga taktik2 macam toke2 judi yang meraih keuntungan dari duit orang ramai tanpa bekerja teruk2. dan orang yang nak menang pula tak ada akai kerana mengkayakan segolongan manusia spt itu...

suraiya said...

Entah brp kali dah saya dpt SMS mcmni. Byk kali, tp buat x reti & terus erase. Shell ada, power root ada dan ntah ape2 lg...